TEORI TULANG RUSUK

KETUA Polis Negara yang sarat
dengan bintang, digeruni penjenayah pun tidak berani kawin dua. Apa lagi orang
kebanyakan. Saya pernah dengar ustaz cakap begitu dengan huraian, lengkap
dengan dalil-dalil betapa lelaki memang mahu kawin lagi tetapi tidak berani
cakap sama bini, walaupun cakap besar depan kawan-kawan. Memang benar, kata
ustaz itu dan topik mau kawin lagi ini kekal popular dalam kalangan suami
terutama suami veteren bahkan lelaki berusia 80 tahun yang seharian
terlelap-lelap lemah zahir dan batin, terbantu-batuk di kerusi malas,
jika terdengar topik Kahwin Lagi ini, cepat terjaga dan nampak bertenaga
jadi muda, seakan mampu kawin lagi bila-bila masa. Kalau anda tanya, saya
berani kawin lagi? Anda pun tahu bintang saya tidak seberat Ketua Polis Negara,
tentulah anda sudah tahu jawapannya. Anda bagaimana, berani menambah lagi?
Sebenarnya saya ada teori tentang kahwin lebih daripada satu. Begini, ingatkah
dalam Al-Quraan dinyatakan kaum hawa adalah daripada tulang rusuk lelaki. Saya
tidak ingat dari rusuk kiri atau kanan tapi saya pasti memang daripada rusuk
lelaki. Kalau anda percaya ini maka mudahlah anda memahami teori tulang rusuk
ini. Saya ulang balik: Perempuan adalah daripada tulang rusuk lelaki. Pada
tahap ini, terutama yang mahu kahwin lagi, sudah tentu tertanya-tanya: So what?
Suatu hari nanti tulang rusuk itu akan kembali juga kepada lelaki sebagai
isteri atau isteri-isteri. Setakat ini sudah trilion atau lebih daripada angka
ini, rusuk yang kembali kepada tuannya, lelaki, sebagai isteri. Masuk akal kah
teori saya ni? Kalau belum faham, teruskan membaca. Jadi apa kaitan dengan
kahwin dua, tiga, empat atau seterusnya? Dalam hal ini, anda mesti tahu
mengapa tulang rusuk itu kembali kepada tuannya? Tentulah untuk melengkapkan
tubuh badan lelaki. Sesudah tulang rusuk itu kembali kepada tuannya sepatutnya
rusuk suami sudah lengkap, tidak longgar, tiada lobang lagi atau jika masih
berlobang tinggal sikit lagi. Mari kita teliti satu demi satu hal ini. Pertama,
jika tulang rusuk yang pulang itu, fit-fit, ngam-ngam. Macam bolt and
nut. Ketat. Suami yang menerima tulang rusuk seperti ini, tidak ada harapan
kahwin lagi sebab rusuknya sudah ok. Tubuh badannya lengkap, perfect!
Saya tahu anda kini mahu tahu kedudukan rusuk anda. Sila periksa. Jangan
malu-malu. Jika anda bergout dan sukar periksa rusuk sendiri, mintalah bantuan
bini cek. Apa macam, ok kah boss? Masih ada lobang? Jangan lupa cek rusuk
kiri dan kanan. Pesanan saya, janganlah sengaja cara lobang! Jika rusuk sudah
fit jangan sengaja cari longgar-longgarnya, mengharapkan ada peluang kahwin
lagi. Jika sudah fit, ia TATAP fit, sudah takdir. Jangan lawan takdir. Berdosa,
bilang ustaz. Saya tahu ada juga isteri-isteri yang baca kolum ini, ingin tahu
apa yang Dr. J cakap pasal Kawin Lagi. Jika hasil pemeriksaan rusuk suami anda
ternyata meleset, jangan lah call saya sebab saya bukan lah marriage counselor.
Sebenarnya banyak contoh pasangan suami isteri yang berpanjangan bahkan jodoh
mereka hingga ke akhir hayat. Itulah contoh bolt and nut yang fit, gerenti
tidak tertanggal. Ibarat sireh pulang ke gagang, jodoh hingga ke akhir hayat,
tidak dimadukan, bahkan, setakat pasang niat bergirl friend pun tidak
mahu. Namun hal ini, laki kawin lagi berlaku juga di mana-mana. Mengapa?
Tidak dinafikan memang jawapannya banyak. Jawapan paling selamat ialah sudah
takdir, memang keturunannya begitu. Dulu bapanya kawin empat. Tidak boleh buat
apa-apa. Ia semacam jawapan doktor. Jika bapa darah tinggi, anak pun darah
tinggi juga. Tapi teori saya tidak bilang begitu. Jika anda mahu tahu, setialah
bersama New Sabah Times untuk menunggu keluaran APA SAJA LAH minggu depan.
0 comments:
Post a Comment