Our social:

Tuesday, December 1, 2015

APA TERJADI DENGAN AH CHAI KITA?



JAWAPAN yang saya mampu fikir ketika ini, teori pembelajaran yang diguna kurang sesuai bagi pelajar lelaki Malaysia. "Apa kau cakap?" Tanya kawan saya, cikgu sekolah menengah, hampir menjerit, tersinggung dengan cakap saya. "Jadi, apa jawapan kau, kenapa pelajar perempuan lebih cemerlang kalau kasi banding sama pelajar lelaki?" Tanya saya, melihat matanya yang terkebil-kebil mencari jawapan. Kira-kira sejam lalu sebelum soal jawab itu berlaku, saya menghadiri Majlis Makan Amal anjuran KDCA, Kota Marudu. Ramai juga yang hadir untuk menyaksikan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Huguan Siou Ini  yang diserikan kehadiran YB Datuk Anita Baranting dan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, keduanya wakil rakyat saya. Majlis itu, tiada cacatnya. Semuanya ok dan Seperti biasa, kaum lelaki nampak lebih banyak bercakap itu dan ini, nampak betul lebih hebat daripada wanita.  Sementara kaum ibu walau nampak bebas, kekal terasa ada malu-malunya, menampakkan kekok kampung, nampak kurang hebat berbanding lelaki. Namun, satu hal yang menarik ialah majlis itu ditakluki kaum wanita. Lebih kurang 95% pelajar yang terima Anugerah ialah pelajar wanita. "Apa sudah jadi dengan Ah Chai kita? Tanya saya dalam hati. Dahulu, zaman saya, lelaki hampir menjuarai segalanya. Jarang pelajar wanita jadi juara dalam pendidikan. "Apa sebab? Tanya hati saya, sebenarnya mahu tanya DSP Dr. Maximus Ongkili yang duduk di sebelah saya apa pendapatnya tapi musik mengatasi suara saya, jadi saya diam ja lah. Kemudian, saya mengingat-ingat tentang learning theory dulu, zaman saya yang mengangkat guru sebagai dewa yang maha mengetahui. Semuanya berpusat pada cikgu. Ruang untuk murid beri pendapat sempit, menjadikan guru menjadi pembekal ilmu yang tunggal. Sudah lah begitu, guru nampak sangat garang, menghampiri imej pegawai penguatkuasa. Siapa tidak takut, sekadar terhidu minyak rambut dipakai guru sudah cukup menakutkan murid. Dulu-dulu lelaki suka pakai minyak rambut pekat-pekat yang pekat juga wanginya dan bila ditiup angin, tahulah murid-murid guru sudah datang menguatkuasakan peraturan kelas darjah. Dengan pembaris kayu, guru memeriksa kuku murid. Yang lalai tetap sengsara dipembariskan. Yang lebih dihukum, hujung jari yang berkuku panjang. Sandi juga pukulannya, hampir terkencing kita dibuatnya, namun murid tetap murid mana berani melawan? Anehnya, murid dulu-dulu tetap hormat guru, walau separuh mati menahan sakit dan malu depan murid masa kena rotan. Mungkin metodologi pembelajaran ini sangat sesuai bagi pelajar lelaki, menjadikan mereka lebih terserlah pendidikan berbanding pelajar perempuan time dulu-dulu. Kini, zaman ini, murid seakan dewa yang maha mengetahui merajai kelas darjah. Budaya kelas darjah ini, seakan telah mendiamkan peranan guru. Kini, murid bebas meluahkan pendapat menjadikan sumber pembelajaran tidak lagi berpusat kepada guru, sebaliknya daripada rakan-rakan sekelas. Agaknya, pelajar lelaki tidak sesuai dengan pendekatan pengajaran ini. Kerana sifat yang semulajadi cenderung mahu memberontak, kehilangan guru yang garang dan mengawal telah menjadikan pelajar lelaki kurang tumpuan kepada aktiviti pembelajaran. Kini, lelaki manja dengan guru yang ternyata lebih mesra kepada murid, manakala pelajar perempuan menjadi begitu selesa dengan suasana pembelajaran sedemikian, guru yang lebih menampakkan pendekatan kemanusiaan. kemungkinan, kerana nampak ramah dan mudah didekati, pelajar perempuan lebih mendekati guru untuk mendapatkan kefahaman tentang sesuatu permasalahan pembelajaran. Takala, pelajar perempuan lebih mendekati guru, pelajar lelaki yang kini dimanjakan oleh budaya pengajaran terkini, bebas memikirkan sesuatu di luar batas dunia pelajar dan dalam masa yang sama turut tenggalam dalam dunia kokurikulum yang lebih ringan dan menarik berbandingkan aktiviti pembelajaran. 

0 comments:

Post a Comment