TULANG RUSUK MASIH LONGGAR?

APA bah cerita tulang rusuk masih longgar ini? Saya
pasti inilah soalan pembaca baru kolum ini sebab anda tidak sempat membaca
kolum sebelum ini bertajuk Teori Tulang Rusuk. Teori ini percaya bahawa
perempuan berasal daripada tulang rusuk lelaki. Tulang rusuk ini kembali kepada
lelaki sebagai isteri. Tolong janganlah tanya saya lebih daripada itu
sebab saya bukanlah pakar agama. Yang cuba saya cakap di sini ialah mengapa ada
lelaki yang kahwin lebih daripada seorang isteri. Jawapannya ialah tulang rusuk
suami masih ada lobang atau masih longgar di sana sini walaupun sudah ada
tulang rusuk (isteri) yang kembali kepada lelaki berkenaan. Peranan tulang
rusuk yang kembali kepada lelaki ialah untuk kesempurnaan batang tubuh lelaki.
Jadi, jika masih ada yang kurang sempurna maka lelaki berkenaan masih
memerlukan tulang rusuk lagi atau dengan kata lain dia memerlukan tambahan
isteri. Berapa jumlah tulang rusuk diperlukan adalah bergantung kepada sais
lubang yang masih lompong pada deretan tulang rusuk lelaki. Anda bebas
memeriksa tulang rusak anda dan jika anda dapati masih ada yang longgar
sedikit, maka itu adalah petanda jelas anda masih memerlukan wanita tetapi
bukanlah sebagai isteri sebaliknya sebagai sahabat biasa sahaja atau sebagai
penasihat. Menarik juga teori ini bukan? Samada anda percaya atau tidak teori
ini bukanlah hal besar kerana pada tahap ini sekurang-kurangnya ada jawapan
baru mengapa lelaki berkahwin lebih daripada seorang. Saya fikir jawapan ini
lebih friendly berbandingkan jawapan lain seperti tabiat kawin banyak ini
adalah keturunan nenek moyang, semacam sengaja menyalahkan orang dulu-dulu. Isu
ramai isteri adalah perkara sensitif namun berlaku di mana-mana tanpa mengira
kaum. Walau hal sensitif tapi kekal menjadi bualan umum, malahan menjadi bahan
jenaka terutama dalam kalangan lelaki. Saya pernah menonton video seorang ustaz
yang nampak betul agamanya, sekali pandang macam ulama besar, memilih tajuk
poligami. Terlalu seronok bercakap hal kahwin dua, dia lebih terhibur
berbandingkan penonton yang sedang mendengar ceramahnya. Nampak benarlah lelaki
dan perempuan nalurinya memang mahu bersatu untuk kesempurnaan. Keunikan rakan
sahabat saya mungkin dapat menjelaskan betapa lelaki lebih power dengan adanya
wanita sebagai pendampingnya. Dikatakan rakannya itu, dalam usia lima puluhan,
mampu meramal nombor empat ekor. Mudah sahaja. Isteri mudanya, sekitar 20'an
dan cantik, didudukkan atas ribanya. Dengan kedua belah tangan memeluk isterinya,
sambil mata terlelap-lelap, dia dapat meramal nombor yang bakal
"keluar"! Wooow dapat ramal nombor? Saya hampir menjerit, mula
memikirkan selain daripada nombor ekor, fikir selain judi. Cari idea majukan
negara. Macam mana kaya. Bagaimana selesaikan masalah. Macam mana kecilkan
perut buncit. Dapatkan idea suburkan rambut dan banyak lagi. Apapun power yang
terhasil daripada gabungan dua insan--lelaki dan wanita--memberikan peringatan
kepada kita bahawa Tuhan mempersatukan mereka supaya menjadi pasukan yang kuat
untuk mencapai sesuatu tujuan. Kawan saya ini tinggal di Brunei, sudah putus
hubungan. Bukan kerana gaduh. Masing-masing sibuk, sering tukar hand phone
kemudian nombor
Hand phone hilang. Tapi jika saya ketemu lagi, saya
akan tanya apa kah isteri yang agak berumur sedikit diribakan, berupaya
memanggil ide yang baik tetapi maaf, tidak sesuai saya kolumkan di sini dan
anda bebas menekanya!!! Kemarin, tidak sengaja, tersentuh tulang rusuk sendiri
dan ternyata...masih longgar?
0 comments:
Post a Comment