MACAM NGAM-NGAM GST PULA

KEGILAAN menyusur galur keluarga
semakin terbangun. Wooow, WhatsApp group tumbuh macam cendawan waktu sejuk,
menjeritkan nama-nama hebat keluarga. Kerana WhatsApp group tidak lagi mampu
menampung ahli yang semakin membanjiri group, pengerusi meminta ahli keluarga
berpindah pula ke Telegram supaya semua keluarga termuat dalam satu group.
Ahli-ahli keluarga tidak sabar-sabar menampakkan kemesraan dengan ungkapan
kata-kata manis, betapa gembiranya kerana akhirnya dapat saling kenal mengenal,
padahal tinggal sekampung puluhan tahun lamanya, malahan selalu jumpa tetapi
langsung tidak menyedari ada pertalian darah. Dekat lagi, baru pupu tiga.
Hubungan keluarga masih terlalu dekat. Menurut adat turun temurun, tidak boleh
kahwin dan jika terlajak mahu juga, pasti melibatkan sogit yang besar, mungkin
dua tiga ekor kerbau. Syukurlah ada WhatsApp dan Telegram, mudah atur
perjumpaan dengan niat perpaduan keluarga. Hari ini, ada perjumpaan lagi dan
seperti pertemuan lalu untuk menghimpunkan data keluarga. Menurut laporan
setiausaha, ada lagi yang belum hantar data tetapi tidak ramai, hanya satu atau
dua keluarga sahaja. Pengerusi tidak dapat sembunyikan rasa risau, tidak sabar
menunggu data keluarga untuk dimasukkan dalam software Aggelong 3 Family Tree.
Menurutnya, software ini bagus. Jika mahu cari siapa cousin, sebagai contoh,
cousin lelaki, software boleh menyeneraikan semua cousin lelaki. Jika masih ada
AJK yang belum lengkapkan data keluarga pada hal sudah kerja keras, pengerusi
bilang hantar pasukan penjejak di mana lokasi keluarga. Jangan ada satu data
pun yang tercicir. Bulan April mesti siap kumpul data. Kata pengerusi, kita
mesti bersetuju atas satu hal--buku salasilah keluarga siap pada 1April,
2015!!! Disambut dengan sorakan gemuruh daripada ahli keluarga yang
hadir--mesti siap!!! Macam ngam-ngam GST pula. Seperti biasa, setiap pertemuan
mesti ada group foto. Kasi masuk FB, supaya hal menyusur keluarga ini tersebar
luas. Biar suku sakat di perantauan tahu, ada gerakan mendokumentasikan data
keluarga. Biar keluarga di USA, di London, di Australia atau di mana-mana juga
di seluruh dunia tahu bahawa keluarga di kampung telah wujud gelombang semangat
perpaduan keluarga untuk mengejar impian: KELUARGA BERJAYA dengan moto impian
menjadi realiti dan inilah group foto yang bakal difacebookkan oleh setiausaha
nanti. Mereka yang dalam gambar ini adalah antara ahli keluarga yang faham moto
keluarga--IMPIAN MENJADI REALITI!!!

Selepas bergambar, setiausaha umumkan ada program
lawatan ziarah keluarga. Kali ini, di Samparita. Woow, di
gunung! Tentu sejuk, banyak angin tiup. Cepat hajat
makbul, kata pengerusi, melawak, sebab tempat tinggi, dekat dengan makhluk
baik-baik menepati kosmologi Kadazandusun yang kononnya bahagian paling atas
dunia ini adalah tempat roh-roh yang baik, sementara di bahagian bawah adalah
tempat roh-roh nakal dan jahat. Samparita tidaklah terlalu jauh dari Longob,
kampung tempat mesyuarat tadi. Sesudah melalui lima buah kampung tanah rata
yang banyak huruf "o"--Salimandut, Tingkalanon, Morion, Nolotan dan
Tondig sampailah rombongan keluarga di Kampung Samparita. Merajai bangunan di
kampung itu ialah bangunan sekolah yang seakan menjadi penjaga kampung itu dan
tidak jauh daripada sekolah itu lah rumah keluarga yang bakal dilawati. Menurut
sumber yang boleh dipercayai ahli keluarga di Samparita ini ialah sepupu kepada
Odu Rundiying binti Dolinsing tetapi kaitannya entah dari sebelah mana,
ibu atau bapa. Pasukan penjejak keluarga yang sudah beberapa kali mesyuarat dan
berjaya mengesan lebih seribu suku-sakat setakat ini tumpukan pula usaha
menjejaki keluarga ini. Pasti seronok mengikuti kisah menjejaki keluarga ini.
0 comments:
Post a Comment