TERLAMPAU AWAL SAYA DATANG

Saya takut dengan masa. Bila ada jemputan, saya
pastikan lebih awal sampai. Banyak untungnya jika awal, parking masih banyak,
tidak pening kepala. Tapi hari ini, 19 Februari, terlampau awal saya
datang. Patutlah sunyi saja Viewairport Hotel, satu manusia pun tiada. Sudah
pukul 850 pagi. Mustahil juga tiada yang datang. Bilang Datuk Yee Moh Chai,
pemimpin PBS yang jemput saya, mesti datang ngam-ngam jam 9 pagi,
sebelum YAB Ketua Menteri datang. Sebaik parking kereta, saya cek whatssap.
Patutlah sunyi, saya dan Romzi datang awal satu hari, menepati Datuk Seri Samy
Velu bilang ~~Hari ini pos, kelmarin sudah sampai. Dalam kes saya, esok jemput,
ini hari sudah datang! Ini sudah bagus, mendahului zaman. Datuk Yee, kalau ada
angpow, saya punya kasi double!
Berasa hebat, mendahului zaman, saya ke Marina
Club~~tempat lepak saya~~menunggu Dr. Edwin Sumpong, sahabat lama. Tadi time
limpas reception counter, walau berasa janggal dengan batik merah menyala,
sempat juga usik sumandak bertugas: "Kami ni baju merah, kami cuba nasib
di sini mana tau ada angpow!
Kerana perbualan saya dengan Dr Edwin penting juga,
rasa janggal berbatik merah mula hilang. Rasa janggal itu hilang apabila saya
bercakap melalui telefon dengan Dr benedict Topin tentang isu
"lain-lain" yang telah menggemparkan Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Bila kerajaan memansuhkan "lain-lain" itu, hal baru mula timbul.
Etnik-etnik yang berasa tidak berumah di Jabatan Perangkaan mula gelisah dan
bermatian menampilkan diri untuk nanti muncul hebat dalam laporan perangkaan
akan datang. Menurut Dr Benedict, keadaan ini merisaukan dan memerlukan
perbincangan. Saya risau ratusan etnik baru muncul, entah dari mana dan
tiba-tiba mengaku bumiputera!
Terlanjur sudah berbaju merah, sebaiknya kekal saja
begitu dan terus ke Kota Marudu menghadiri majlis perkhawinan Anak saudara saya
Sulina Sawayan. Kelmarin suaminya, Koprol Padumin bilang, Dato mesti datang.
Tadi pagi, Norsiah Lileh, juga saudara saya sampaikan pesanan ibunya, supaya
saya datang majlis kesyukuran keluarga. Tidak sia-sia saya pakai baju merah
hari ini!
0 comments:
Post a Comment